Aku Nak Turun Berat Badan 1

16/11/2012

Dah tak makan nasi selama sebulan. Macam tak percaya kan? Mula2 1 minggu berat turun 1kg. 3 minggu turun 3 kg. lepas tu i tak paham napa taknak turun. sebelum start tak mkn nasi berat asal adalah 58kg. Selepas 3 minggu, berat turun ke 55kg. Dari segi fizikal tak begitu ketara perubahannya. Sebab masa berat 50kg pun memang obviously tembam. Hari ini adalah minggu yang ke-6, syukur happy sangat. Nampaknya ada penurunan yang tak disangka2, turun 1kg menjadikan berat sekarang 54kg. Tapi tu belom official lagi sbab masih belom stabil, makan sikit pun dah nak naik 55kg balik. Yalah, dalam pada hati ni kecewa jarum penimbang stay jer kat 55kg selama 2 minggu, akhirnya hari ini ada sinar kebahagian..cewahhh. Lagipun semalam melantak 4 biji cup cake...nah ambik kau pelahap macam babi... Esok pagi planning nak jogging setempat di rumah sambil dengar lagu kuat2 selama 10 minit sekurang2nya. Apa tu jogging setempat? Berlari setempat lerr..hihi. macam orang gila aku...harharhar...takpa janji ada penurunan. Sekarang kita nak capai 53kg pula. Takpa slow slow...

SLOGAN BARU AKU:
benci nasi benci nasi benci nasi.
kutuk korang hah aku gemuk, kau tengok la nanti
jangan la marah dengan slogan aku tu ya, saja2 jer nak bagi semangat sikit pada diri sendiri.

KENAPA BOLEH JADI NEKAD SEBEGINI?
Memang ada sebab....sebabnya, adala pompuan nikan, dulu buat tak tau jer dgn kita walau satu opis, ntahla mungkin perasan aku ajer, atau dia ketika itu berada dalam fasa merasakan diri gemuk dari aku. Lepas dia bersalin tetiba jah dia jadi kurus, jeles jugak aku tau, mcmana dia boleh jdi kurus. Berbalik semula ke cerita tadi, pada suatu majlis ni, tetiba jer dia rajin ambik pic berdua dengan kita...kita ni dahla tak suka camera sebab gerenti kecewa. Husband pulak cakap dia saja jer ambik pic berdua sebab nak bandingkan diri dia dgn aku...owh daku tersentak dan tersedar. mungkin ada kebdnaran kata laki aku tu. Dia tag pulak pic tu dlm fb aku..ish ish...tak dapat nak cakap apa dah, orang dah nmpk dah pic tu, memang buruk dan hodoh gambar aku pun...benciii..dari situ lerr aku nekad taknak makan nasi, kurangkan makanan manis dan rajin2 ler berjogging. Dulu aku tak percaya sangat tau jogging boleh membantu turunkan berat badan. Baru sekarang percaya..yang penting no chemical intake lerr. aku dah tak percaya dengan semua2 tu, biarla aku berlapar dan berpantang makanan dari aku ambil apa-apa slimming produk. Pada pendapat aku, benda tu semua hanya psikologi ajer. oh ya...ada sorang kawan aku ni, pun dah kurus, dia kata sekarang berat dia dah 51kg berbanding sebelum ni 56kg. Nampaknya dia sudah berjaya dan aku bila lagi?

Berat asal 58kg
Week 1 =57kg
Week 2=56kg
Week 3=55kg
Week 4=55kg
Week 5=55kg
Week 6=54kg
**Week 7= Target reduce to 53kg**

0 comments:

Post a Comment