Aku Nak Turun Berat Badan 2

23/11/2012

Last Updated  (16/11/2012)
 Berat asal 58kg
Week 1 =57kg
Week 2=56kg
Week 3=55kg
Week 4=55kg
Week 5=55kg
Week 6=54kg
**Week 7= Target reduce to 53kg**

Today update 
Week 7=54kg, masih sama Week 6, target asal 53kg, tapi aku masih ada 3 hari lagi untuk complete seminggu.

Tadi petang aku hanya makan sup paha ayam seperti yang aku kata dalam post tengahari tadi. Sebelum tu aku singgah di kamdar beli 2M kain untuk sambung projek pajama. Malam ni aku keja sampai kul 3am. Aku tak lapar, tapi rasa macam nak makan cracker cicah dalam milo.

Nampaknya aku kantoi lagi, milo, crackers, cloud 9, biskut magic n rambutan. Bila timbang, alahai lemah semangat, senang2 jer naik 900g ish.!..bencila macam ni..langsung tak berdisplin. Esok taknak check penimbang! Macamana nak kurus dengan cepat kalau Asyik2 kantoi asyik2 kantoi. Ko tak sedar diri lagi kah yang kau tu hodoh hodoh hodoh gemuk mcm babi!

Bencila merajuk kejap. Esok start induction.

22/11/2012

 -->ish ish ish..aku rasa nak terkencing, tapi malas nak pegi toilet sb malas nak lalu depan b1ilik pengarah. Cepatla 12.45pm, aku nak balik ni. sib baik umah aku dekat jer...hihi. Aku rasa aku masih dapat tahan kencing ni.

Cuaca pulak mendung. Pagi tadi bukan main panas. Aku la ingat nak jemur baju pas balik keja ni. Aku taknakla baju2 aku yang dalam mesin basuh tu nanti berbau. 

Pagi tadik, aku berjaya skip breakfast. Tengahari ni aku nak pegi pasar beli chicken drumstick. Aku nak masak sup paha ayam. Just didihkan air, pas air  mendidih masukkan ayam, halia yang diketuk(taruk banyak sikit supaya pedas), garlic dan mungkin aku akan tambah sayuran. Jangan lupa garam, serbuk lada n maggi secukup rasa. 

Ok..jam dah pukul 12.45pm. Aku nak balik & log out sekarang.

19/11/2012

Mimpi malam tadi sungguh ngeri. Ada pompuan dalam mimpi tu suruh aku n hubby divorce, so dalam mimpi tu kami divorce. Aku sedih sangat, banyak benda yang nak diurus kalau divorce. Dalam mimpi tu banyak scene tapi aku dah lupa. Bila tersedar dari mimpi, punyala lega sebab itu hanya mimpi bukan realiti. Cepat2 aku berdoa semoga mimpi buruk itu dijauhkan dari terjadi kepada perkahwinan kami. Amen. Bangun kul 2.50am untuk bersiap take over tugas. Semula kerja lancar kecuali weather report lambat masuk. Sekali lambat aku bole maafkan, 2 kali lambat aku maafkan tapi hati dah geram. Ingatkan 2 kali jer, tapi 4 kali dia lambat hantar weather. 4 kali tu jugak kena kol dia, tido ka apa orang tu? Dahla bila kita kol lambat angkat, suara pun adohaiiii...halussss sangat...pedihh telinga aku ni nak tangkap apa yang dia cakap. Ini laki tau bukan pompuan, jimatla sangat suara dia tu. Nada aku pun dah naik sikit bila cakap dengan dia. Pulang kerja, terpaksa pulak layan rengekan anak. Asyik merengek jer kerja dia, boboboi pun dah tak berkesan nak jenuhkan dia. Kalau si kecik ni ada, sepanjang hari la tv tu main dvd boboboi..fedup la mama ni kadang2...hihi. Nak tenguk citer lain pun tak dapat. Mata ku pulak rasa mengantuk sebab keja dari kul 3am hingga 7am. Sekarang pulak dah time beri anak makan. Stop dulu la...kalau rajin nanti cetita lagi.

Aku Nak Turun Berat Badan 1

16/11/2012

Dah tak makan nasi selama sebulan. Macam tak percaya kan? Mula2 1 minggu berat turun 1kg. 3 minggu turun 3 kg. lepas tu i tak paham napa taknak turun. sebelum start tak mkn nasi berat asal adalah 58kg. Selepas 3 minggu, berat turun ke 55kg. Dari segi fizikal tak begitu ketara perubahannya. Sebab masa berat 50kg pun memang obviously tembam. Hari ini adalah minggu yang ke-6, syukur happy sangat. Nampaknya ada penurunan yang tak disangka2, turun 1kg menjadikan berat sekarang 54kg. Tapi tu belom official lagi sbab masih belom stabil, makan sikit pun dah nak naik 55kg balik. Yalah, dalam pada hati ni kecewa jarum penimbang stay jer kat 55kg selama 2 minggu, akhirnya hari ini ada sinar kebahagian..cewahhh. Lagipun semalam melantak 4 biji cup cake...nah ambik kau pelahap macam babi... Esok pagi planning nak jogging setempat di rumah sambil dengar lagu kuat2 selama 10 minit sekurang2nya. Apa tu jogging setempat? Berlari setempat lerr..hihi. macam orang gila aku...harharhar...takpa janji ada penurunan. Sekarang kita nak capai 53kg pula. Takpa slow slow...

SLOGAN BARU AKU:
benci nasi benci nasi benci nasi.
kutuk korang hah aku gemuk, kau tengok la nanti
jangan la marah dengan slogan aku tu ya, saja2 jer nak bagi semangat sikit pada diri sendiri.

KENAPA BOLEH JADI NEKAD SEBEGINI?
Memang ada sebab....sebabnya, adala pompuan nikan, dulu buat tak tau jer dgn kita walau satu opis, ntahla mungkin perasan aku ajer, atau dia ketika itu berada dalam fasa merasakan diri gemuk dari aku. Lepas dia bersalin tetiba jah dia jadi kurus, jeles jugak aku tau, mcmana dia boleh jdi kurus. Berbalik semula ke cerita tadi, pada suatu majlis ni, tetiba jer dia rajin ambik pic berdua dengan kita...kita ni dahla tak suka camera sebab gerenti kecewa. Husband pulak cakap dia saja jer ambik pic berdua sebab nak bandingkan diri dia dgn aku...owh daku tersentak dan tersedar. mungkin ada kebdnaran kata laki aku tu. Dia tag pulak pic tu dlm fb aku..ish ish...tak dapat nak cakap apa dah, orang dah nmpk dah pic tu, memang buruk dan hodoh gambar aku pun...benciii..dari situ lerr aku nekad taknak makan nasi, kurangkan makanan manis dan rajin2 ler berjogging. Dulu aku tak percaya sangat tau jogging boleh membantu turunkan berat badan. Baru sekarang percaya..yang penting no chemical intake lerr. aku dah tak percaya dengan semua2 tu, biarla aku berlapar dan berpantang makanan dari aku ambil apa-apa slimming produk. Pada pendapat aku, benda tu semua hanya psikologi ajer. oh ya...ada sorang kawan aku ni, pun dah kurus, dia kata sekarang berat dia dah 51kg berbanding sebelum ni 56kg. Nampaknya dia sudah berjaya dan aku bila lagi?

Berat asal 58kg
Week 1 =57kg
Week 2=56kg
Week 3=55kg
Week 4=55kg
Week 5=55kg
Week 6=54kg
**Week 7= Target reduce to 53kg**
Dah beli dah celcom broadband 3 minggu yang lepas. Terlupa nak merepot kat sini. Ambil government servant package, RM50 utk 3GB. Cukup la tu buat masa ini. Lagipun buat masa ni, penggunaan internet tu kurang. Kalau nak baca forum ka blog ka, bukak aja di opis.

Beli tablet n ambil internet plan ni pun sebab nak buat online bisness. Kononnya la...harharhar

Bisness bila nak jalan?? ntah..progress slow sangat. Produk lambat siap. Ishhh...sedih tau...siap satu, off 2-3 hari macamana nak siap.

Esok kalau boleh nak siapkan HD08 bahagian baju pula. Seluar nya dah siap haritu cuma belum jahit label. Rasa2nya memang tak dapat pun siap esok sebab sebelah pagi ada lawatan KSU, kene la tunjuk muka walaupon rest day. Weekend pula keja...adoyaiiiii...

Ishh...penglihatan ku kabur...bencii tak selesa....ok la nak cerita pasal lain pulak dalam tajuk lain. Bye...
ehhh...benci la!! 2 2 amaran keluar...ish ish....bye...

Dah beli samsung galaxy tab.

22/10/2012

Sedang nonton siri Jane by design sorang2. Sambil tu tik tok tablet update blog yang dah lama bersawang ni. Rasanya lebih mudah sikit update blog guna tablet. Baru kelmarin angkat Samsung galaxy tab.2 7.0. Best sangat rasanya bila dah diri ini juga ada memiliki Samsung tablet. Actually, mula2 ingat nak  beli tab murah made in China tu, tapi hubby tak setuju. Jumlah kesemua kelmarin, termasuk tab cover n screen protector berjumlah RM1315. Terkejut la bila tengok harga cover tu RM188. Fuhhh..dekat nak 200. Bagi i macam overprice. Tapi beli aje lah ...Haha. Sekarang tinggal nak pilih internet plan yang sesuai dgn budget & keadaan.   Ermmm esok payday .....yeyyyyy...bole la i survey internet plan. Esok masih off, belom  ada apa 2 plan bagaimana nak spend Gaji bln ni ...hehek.   Eh, nak nonton Jane tapi mata dah ngantok pula . So, tido  jer la. Gudnite :-)  

I want a keyboard

20/05/2012

I never had a music instrument all my life. Except recorder..(Not that the electric device to record sound)..that our teacher asked us to buy when I was in primary school.
Since we bought a small piano for our little girl, I fell in love with keyboard.
I wish that I could play songs Someone like you by Adele or A Thousand years by Christina Perri.
I will play the songs during my spare time. How wonderful the feeling when you can play the song while the next-door neighbour heard you playing the songs.
If I have a lot of money of course I will buy myself a keyboard.
I do not need an expensive one, as long as it has at least 61 keys.
It feels no need for me to go to piano course because I never dream to go to the international stage.
While, at the same time, I can teach my girl to play it the same. Before, I was not sensitive to the sound of any music instrument while listening to music.
I've only interested to hear the singers sing only. But now I am more sensitive to the sound of the piano.
Hopefully one day I will have my own keyboard and my dream will come true.